"Jangn bertanya mengapa seseorg terus menyakitimu. Tanyakan dirimu sendiri mengapa kau masih mempedulikannya."
Monday, 26 March 2012
pemergian kawanku yang ku sayang
Dua maut langgar sesama sendiri
24 Mac 2012
KLANG - Pelanggaran motosikal sesama sendiri di Kilometer 19.6 Lebuh Raya Kesas, berhampiran susur ke Jalan Banting/Klang di sini, awal pagi tadi mengakibatkan dua pelajar maut.Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 pagi itu, mangsa, Amirul Asraf, 16, dan Ahmad Nazrin bersama seorang lagi rakan masing-masing pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di sekitar Kuala Langat, dikatakan berkonvoi dari Shah Alam menghala ke Pelabuhan Barat.
Bagaimanapun, tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang Amirul dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah pacuan empat roda menyebabkan mangsa tercampak ke lalun tengah jalan raya.
Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abdul Rahman berkata, dalam masa sama, dua motosikal dipercayai ditunggang Ahmad Nazrin bersama seorang rakan gagal mengelak dari merempuh mangsa yang ketika itu cuba bangun untuk menyelamatkan diri.
"Amirul yang parah di kepala maut di tempat kejadian, manakala Ahmad Nazrin sempat dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk menerima rawatan berikutan patah tulang rusuk, bagaimanapun mangsa meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi," katanya.
Seorang lagi mangsa dikatakan hanya mengalami cedera ringan.
Buat masa ini Rosly berkata, polis sudah mengambil keterangan pemandu pacuan empat roda dan salah seorang mangsa bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987..
Subscribe to:
Posts (Atom)