Friday, 12 July 2013

Jawapan kepada permohonan menambah kuota

KEPADA:
 
En. Md. Ali bin Abd Aziz
Surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut.

 
Oooo..patutla asyik dok nyanyi lagu 'Madu Tiga', rupa-rupanya 'nak penuhkan kuota' la ye? Berani nampak? Ni bukan kuota bumiputera yang wajib kena penuh!

 
Sapa perempuan tak sedar diri tu, dah tak ada lelaki lain ke dalam dunia ni?

 
Ni la perangai jantan, nak kahwin punya fasal semua duit simpanan dia sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk bini masa depan.

 
Abang kata untung dua-dua pihak? Cantik muka abang...ingat niaga barang ke! Cuba cakap sapa yang akan untung? Abang ke, saya?

 
Mak hoi! Sedapnya mulut kata saya tong drum habis tu yang abang tu mandi kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah macam kungfu panda ada hati nak kahwin lain konon.

 
Kongsi? Abang ingat ni kereta ke?

 
Apa syif-syif? Ni bukan kerja kilang la!

 
Cewah-cewah nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau abang berani balik la rumah, kita tengok sapa yang nak senyum sapa yang nak meraung.

 
Oleh itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatan untuk 'peperangan', itu pun kalau tuan berani untuk pulang ke rumah.

 
Terima kasih,

 
Sedia 'berperang' demi mempertahankan rumahtangga

 
Yang ikhlas Menjawab,
Norihah bt Abu

RESEPI KEK PAVLOVA





Bahan-bahan ( 10 org )

  • 4 bj putih telur gred A
  • 1 cwn gula pasir/gula castor
  • 2 s/mkn tepung jagung
  • 1 s/t cuka mkn
  • 1 s/t esen perasa oren - ni ijapian tambah utk elak hanyir telur
  • Topping:
  • 1 cwn fresh cream ( Rich, Value - non diary)
  • Fresh fruits- strwbrry, kiwi & anggur

Cara-cara:

1-Pkl putih telur smpi berbuih. Kemudian mskkan gula & pkl smpi sot peak / bertanduk.

2-Mskkan tepung jagung yg telah diayak utk elak 'alien' msk dlm adunan...hehehe

3-Pkl lg adunan td smpi sebati. Setelah sebati mskkan cuka mkn & esen oren. Pkl lg smpi sebati

4-Pnskan oven 10 min awal pd suhu 150©

5-Pd dulang pembakar, ltkkan kertas minyak(yg putih tu ye) kemudian lukiskan bulatan ikut acuan loyang kek size 9

6-Tuangkan adunan pavlova & mskkan dlm oven. Bakar selama 1 jam 20min (slps 1/2 jam turunkan suhu pd 130©)

7-Slps masak biarkan pavlova dlm oven selama 20 min. Kemudian blh lah di topping kan ngan fresh cream & buah2an segar spt strwbrry, kiwi & anggur

8-Utk topping: pkl fresh cream smpi soft peak. Kemudian tuangkan di atas pavlova yg tlh sejuk & hiaskan dgn hirisan fresh fruits td ngan kreaviti anda.

9-Lps tu blh lah mamam...sedap beb..hehehe